Gambaran utama Ramen

Mi

Mi yang digunakan dalam masakan ramen dihasilkan dengan empat bahan utama:

  • tepung gandum dengan kadar gluten tinggi
  • garam makan
  • air
  • kansui (かん水) - sejenis air yang khusus mengandungi bahan kimia tambahan seperti kalium karbonat, natrium karbonat dan kadangkalanya juga asid fosfat. Ia dinamakan sempena suatu tasik yang terletak di Mongolia Dalam, China, yang dikenali mempunyai kandungan garam kimia sebegitu tinggi.

Bahan kimia yang bersifat alkali mengubah sifat keglutenan tepung gandum lalu menjadikan mi menjadi bersifat kenyal sekaligus mengaktifkan sebatian flavonoid yang terkandung dalam tepung tersebut sehingga mi menguning. Nisbah sebatian air dan tepung terigu dikira sekitar 1 : 35%, mi bertambah lembut dengan meningkatkan kandungan air ke dalam sebatian

Bahan kimia tambahan membahayakan kesihatan sering didapati di pasaran selepas Perang Dunia Kedua, namun sekarang bahan kimia tambahan sudah diatur mengikut tetapan dan piawaian yang ditetapkan badan kerajaan Jepun. Bahan kimia ini kadangkalanya juga mempunyai bau tidak enak yang sering tidak disenangi orang ramai, maka telur turut digunakan sebagai agen penguning pengganti.

Kuah atau sup

Kuah ramen biasanya diperbuat darpada rebusan ayam atau khinzir serta dicampurkan bersama bahan tertentu lain seperti kombu, katsuobushi (isi cakalang salai), niboshi (anak ikan sardin kering, tulang daging, cendawan shiitake dan bebawang. Kuah ini juga boleh dihasilkanb daripada sayuran.

Perisa

Cara penyediaan

Rebusan mi hasil buatan tangan atau buatan mesin dicelurkan ke dalam sebuah mangkuk berisi kuah yang dibuat dari berbagai jenis ladu (biasanya daripada daging babi). Pada umumnya chasiu, menma, dan hirisan daun bawang ditambahkan di atas mi sebagai lauk atau penyedap.

Di atas ramen umumnya ditambahkan penyedap berupa beraneka ragam lauk seperti: chasiu, menma, telur rebus, sayuran hijau (seperti bayam), irisan daun bawang, nori, atau narutomaki sebagai hiasan. Telur rebus untuk ramen biasanya berwarna coklat karena direbus di dalam kuah bekas rebusan chasiu. Sayuran sekaligus penyedap yang paling umum untuk ramen adalah irisan daun bawang. Sebelum ditambahkan ke dalam ramen, sebagian penjual ramen lebih dulu menggoreng irisan daun bawang di dalam minyak goreng.

Berkaitan